joM ClicK

Saturday, October 29, 2011

DAH TUA !!

Kalau TUA agak2 adik aq jadi mcm nie x? PERSOALAN DAN TANDA TANYA??
  1. KORANG NIE CUTE LAGI KER?
  2. KEDUT SAMA KER?
  3. ISTERI SAMA KER?
  4. BAJU SAIZ SAMA KER?
  5. AND BANYAK LAGI YANG NK TANYA?
Ape2 pun gua still loveing my TWIN BROTHER..berani SENTUH..GUA cuit BALIK..no mercy!!

IKUT HATI? OR IKUT HARI?

Masalah tidak pernah putus dalam hidup MOKA, hari belum selesai esok datang lagi..dalam dunia nie..ahli-ahli PRO dengan masalah duit..ahli ahli biasa kebiasaan ketenangan..dalam dunia nie..APA SEBENAR MASALAH datang dari hati masing2. SO pendapat MOKA..kalau dah berfikiran lain..hati yang menjadi wataknya..mulalah datang perbuatan yang maxima POSITIF and NEGETIF..tapi yang paling penting kesudahannya HAPPY or SAD..Pada pendapat MOKA manusia semuanya sama...semua nak yang terbaik..contoh memilih pasangan KITA memandang paras rupa or hati yng memahami..dalam pemilihan lelaki mcm saya suka orang yang boleh bertolak ansur..romantik..pandai sesuaikan diri..tidak memilih...yang paling penting boleh menjaga owg tua and ME..tpi kewajiban seorang lelaki penting...KERANA lelaki semestinya memahami,menjaga,menyayangi serta membantu..TERBUKTI lahirnya kesetian seorang lelaki...nie mengambil masa yang lama dan PENGALAMAN MENGAJAR MANUSIA LEBIH BAIK TPI BUKAN SEMPURNA ada..x mungkin lelaki akan pandang pada paras rupa...cara seseorang yang pandai ambil hati kita and sesama manusia..bahasa,kepandaian,kebersihan..PENGALAMAN 2hari yang terdekat..MASALAH timbul HARI PERTAMA HATI MULA SAKIT..tpi dilegakan dengan bersebab..panas and cepat sejuk apabila mempunyai sebab yang..MUNASABAH..HARI KEDUA HATI MULA SAKIT KEMBALI tpi tanpa berita..faktor-faktor yang AKAN terjadi pada lelaki??
  1. NAK BERBINCANG? JAUH.(AKAN)
  2. MENCARI JAWAPAN SAMPAI DAPAT , KENAPA, MENGAPA, SEBB DAN LAIN2(AKAN)
  3. ADA KEMUDAHAN PUN TIDAK BERGUNA ..ASYIK OFF(AKAN)
  4. KEPERCAYAAN SEMAKIN PUDAR..(AKAN)
  5. FIKIRAN MULA MEMBUAT LELAKI HILANG KESABARAN.(AKAN)
  6. TUNGGU-TUNGGU AND SETIA MENUNGGU SEBB RISAU.(AKAN)
  7. SEDIA MEMAAFKAN. (AKAN)
  8. NO TURNING BACK. IM SORRY YA (AKAN)
  9. BERSEDIH SEBAB TIDAK PERNAH MEMAHAMI SESEORNG HANYA DENGAN KATA2.(AKAN)
  10. PENAT+ BOSAN+ BUANG MASA+ HATI = nothing and selamat semua.(AKAN)
Sekarang, zaman teknologi dengan kemudahan, pergaulan, ada batasnya..MOTO FIKIR SEBELUM TERIMA PADAH..sesuai untuk seseorng menilai and bersyukur apa yang kita ada..hati or hari yang menentukan.. BY MOKA wit pendapat

Wednesday, October 26, 2011

AYAH


Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan tenteng diri
MOKA serta keadaan setiap hari tapi AYAH yang menyuruh..


Semasa kecil, my mum yang lebih sering mendukung MOKA tapi tahukah bahawa sebaik saja AYAH pulang bekerja dengan wajah yang letih AYAH selalu menanyakan ape yang kita lakukan seharian..


Saat MOKA sakit, AYAH sering memarahi "SUDAH DIBERITAHU !! JAGN MINUM AIS !!" tapi tahukan MOKA bahawa AYAH sangat-sangat risau...


HIGHLIGHT DIATAS

Ketika MOKA remaja, MOKA meminta izin untuk keluar malam.AYAH dengan tegas berkata " TIDAK BOLEH!! " sedarlah MOKA bahawa AYAH hanya ingin menjaga MOKA..kerana bagi AYAH, MOKA adalah sesuatu yang berharga..


Saat MOKA sudah dipercayai, AYAH pun melonggarkan peraturannya. maka MOKA telah melanggar kerpercayaanya..maka AYAH yang setia menunggu MOKA di ruang tamu dengan rasa sangat risau..


Setelah MOKA dewasa, AYAH telah menghantar MOKA ke sekolah untuk belajar..di saat MOKA memerlukan ini/itu, untuk keperluan kuliah MOKA, AYAH hanya mengerutkan dahi, tanpa menolak..AYAH memenuhinya..saat MOKA berjaya.AYAH adalah orng pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..AYAH akan tersenyum dengan bangga..


APA MOKA TAHU BAHAWA AYAH SANGAT SAYANGKAN ANAK YANG DIRANTAU..


Sunday, September 25, 2011

SUKAN/HIDUP SIHAT KERANA NEGARA

  • Memperkukuh keharmonian dan perpaduan Negara

  • Memupuk semangat patriotisme

  • Membangunkan masyarakat yang berdisiplin dan berdaya saing

  • Mampu mengukuhkan perpaduan dan kekuatan mental dan fizikal rakyat

  • Salah satu cabang integrasi nasional dan alat penyatuan kaum yang berkesan untuk membina semangat patriotik dan cintakan Negara

  • Amalan gaya hidup sihat, memberi faedah kepada kecergasan fizikal yang seterusnya memanfaatkan diri, organisasi dan Negara

  • Pekerja yang cergas dan aktif akan lebih sihat serta berdaya saing selain dapat meningkatkan prestasi kerja lebih produktif.

  • Kesihatan mental akan lebih stabil di samping tekanan sentiasa dapat dikawal dan lebih motivasi serta berfikiran positif.

  • Secara tidak langsung amalan sukan dan gaya hidup sihat dalam kehidupan mampu melahirkan masyarakat minda kelas pertama.

Wednesday, September 21, 2011

RAKAN SEPEJUANGAN



SETIAKAWAN

Alhamdulillah saya bersama keluarga baru.ia merupakan kehidupan yang akan kekal, dalam setiap manusia.Contoh di atas: panas sama2,rehat sama2.


Apabila sesebuah organisasi bisnes hendak bergerak, daripada mula ditubuhkan, mengorak langkah, berkembang hinggalah berjaya. Tentu ada banyak mehnah dan tribulasi (ranjau duri) berlaku. Ada saat yang amat susah dan saat menjadi senang.


Dalam keadaan ini sesebuah organisasi banyak bergantung kepada semangat setiakawan. Mereka yang sanggup bersabar, tekun dan komited sahaja bersedia bersama-sama dengan organisasi mengharungi liku-liku dan onak duri. Pada ketika ini baru kita tahu mana yang benar-benar setia dan tidak. Mana yang merupakan pejuang dan mana hipokrit.


Tuesday, September 20, 2011

ERTI KAWAN SEJATI



Assalammualaikum Teman² yang aku sayangi
Sahabat atau kawan atau teman banyak yang boleh kita sebutkan, tapi tahukah kita erti sahabat sebenar? Kita hanya tahu berkawan tanpa mengambil tahu betapa bahayanya apabila kita tersalah memilih kawan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia kerana sahabat atau kawan boleh membentuk personaliti seseorang. Ada kawan yang sanggup berkongsi duka bersama kita dan ada yang sanggup bersusah payah dengan kita. Tetapi ada juga sahabat yang ada ketika senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja, dan sebab itu aku katakan sahabat boleh menentukan corak hidup seseorang itu. Jika Sahabat . Kawan . Teman . anda seperti ini hargailah mereka insha Allah merekalah yang terbaik untuk anda PERCAYALAH!!
1
Jika kita berbakti kepadanya, dia akan melindungi kita
2
Jika kita rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kita
3
Jika kita memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kita

4
Jika kita menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik
5
Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu
6
Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya
7
Jika kita meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya
8
Jika kita berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu
9
Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu
10
Jika kita merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu
11
Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan
12
Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
13
Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat
Mungkin juga kita mempunyai sahabat² seperti ini yang merosakkan kita dan hanya hendak bergembira dengan kita sahaja apabila kesusahan menjelma hilang entah kemana.


TAMAK
Memberi bantuan sedikit sahaja tetapi meminta balasan seluas lautan dan hanya mementingkan diri sendiri.

sahabat . kawan . teman
yang
HIPOKRIT
Bersahabat kerana cerita² dahulu dan berusaha mendapatkan simpati dengan kata² kosong apabila kita meminta bantuan dia menyatakan tidak sanggup.

sahabat . kawan . teman
yang
PENGAMPU
Dia bersetuju dengan semua yang kita lakukan tidak kiralah betul atau salah pekara tersebut, yang sedihnya dia setuju dengan hal² yang tidak berani dia menjelaskan kebenarannya, di depan kita dia memuji-muji kita tetapi di belakang kita dia merendahkan kita.

sahabat . kawan . teman
yang
BOROS & SUKA HIBURAN
Dia menjadi kawan kita jika kita suka berpesta, suka berkeliaran ‘melepak’ yang tidak kena waktunya dan suka ke tempat hiburan ‘clubing’ dan semua pekara yang sama dengannya.


PEMBERIAN BUNGA

Bunga,memang tak pernah..nk bagi

Daisy
Lambang kepada kesucian hati si pecinta pada si pemberi

Lily
Lambang kepada ketelusan hati si pecinta pada si pemberi

Ros Kuning
Perasaan cemburu tetap membara di hati takala orang yang tersayang bersama orang lain. Nak-nak kala cinta itu sedang hangat dibicarakan.

Ros Putih
Nilai sebuah kesucian cinta kekasih kepada kekasih.

Ros Merah jambu
Crazy pada imiginasi yang beraih.

Bunga Seri Pagi atau Violet
Kesetiaan yang diharapkan oleh sebuah percintaan yang dibina.

Dahlia
Hati yang sering kali berubah-ubah ataupun pendirian kepada jawapan yang tidak tetap dalam sesuatu hubungan yang tidak pasti.

Kaktus
Ketahanan cinta dalam badai yang bakal datang. Walauapa pun yang diharungi semasa alam percintaan pasangan tersebut akan terus mengorak langkah untuk membina mahligai di masa hadapan.

Carnation
Lambang sebuah persahabatan dan kegembiraan.

Bunga Cina atau Gardenia
Lambang kepda ketulusan budi.

Kekwa
Harapan yang diharapkan oleh si dia dari kamu

Orkid
Tanda kegairahan bersama pasangan yang dicintai

Lilac
Menggambarkan seorang yang tidak bergairah. Dari segi berkawan, suami kepada isteri seperti hubungan yang kian hambar.

Tulip Merah
Lambang kepada sebuah semangat yang membara pada satu destinasi cinta atau keinginan yang perlu dicapai.

Jasmine
Membawa tuah kepada sesuatu perkara yang tidak di sangka-sangka

Lavender
Sebagai tanda kecurigaan dan kesangsian terhadap pasangan

Water Lily
Seseorang yang sedang mencari kebenaran erti cinta dari kamu.

Bird Of Paradise
Sesuatu yang menggujakan dan permulaan dari segi perasaan..pertama kali dalam percintaan, pertama kali dalam melakukan sesuatu perkara.

Bunga Matahari
Menggaambarkan usia yang lanjut.

Perempuan memang suka pada bunga. Jika boleh dia akan jaga bunga tu sampi layu..dah layu dia akan bungkus simpan tempat yang istimewa. Cam Suri masukkan dia dalam balang sederhana kecil, isi minyak wangi dan jadikan ia sebagai pot puri

Siapa nak BUNGA? Pilih yang MANA? Siapa nak BAGi? (TANYA DIRI SENDIRI)