joM ClicK

Monday, September 19, 2011

FIXED BIKE


Aku perasan sekarang dah mula ramai budak-budak remaja berjinak dlm arena perbasikalan ni...boleh kata diselangor,KL,Melaka.Pernah jugak nampak group yg main basikal ni... petang petang kat taman rumah aku pun berlambak ada jugak terserempak masa malam..mungkin benda ni dah lama popular tapi sekarang baru nampak ramai remaja yang mula berminat
Basikal yang aku maksudkan bukan le basikal jenis BMX yang pada zaman aku dulu-dulu memang cukup femes la basikal jenis BMX ni siap modified dan pasang aksesori tambahan pada basikal.. dulu sanggup tak makan kat sekolah semata-mata nak kumpulduit buat beli barang basikal nih.. tapi zaman tu semua dah berlalu.. jauh berlalu.. tapi peminat-peminat bmx tak pernah pupus sama sekali sehingga la ke hari ni.Kita ambik contoh pertandingan x-games yang sering diadakan diluar negara dan pertandingan basikal bmx masih lagi dipertandingkan.


Basikal fixed gear atau single speed ni kalau dilihat dari segi harga pun boleh tahan jugak harganya.. semua bergantung pada jenama basikal dan metarial basikal nih.. jenama-jenama seperti Giant, Fuji, Niner CreateBikes, Eighthinch, Dodici ni adalah nama nama
yang senonim dengan aktiviti basikal ni.Harga pasaran apa yang aku tahu bermula dari RM300 membawa la sampai ke ribu ribu harganya..pergh!! kalau dah beli basikal ribu riban ni kalau tak ditunggang jugak aku tak tau la nak cakap apa..Macam biasa la kalau dah melibatkan remaja apa pun mesti ada skill skill atau trick baru la gempak tak gitu?Basikal fixed gear ni pun tak terlepas dari itu semua. Korang try je la tanya encik youtube tu mesti ada jumpa punya video pasal skill basikal ni.. aku malas nak letak dalam blog ni disebabkan line celcom aku slow tahap dewa.. aku nak cari maklumat lebih pasal basikal ni pun terbantut..

No comments:

Post a Comment